Theme images by Storman. Powered by Blogger.
Showing posts with label VenusFX. Show all posts
Showing posts with label VenusFX. Show all posts

Friday, 7 April 2017

Datuk G sanggup ucap kalimah syahadah untuk tipu skim forex

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri yang didakwa terlibat dalam sindiket penipuan sanggup ‘memeluk’ agama Islam semata-mata memperdaya pelanggannya melabur dalam skim dagangan mata wang asing.
Individu berketurunan India yang dikenali sebagai Datuk G dan isterinya ‘berlakon’ memeluk agama Islam semata-mata memujuk seorang lelaki Melayu berstatus haji melabur sebanyak RM20 juta ke syarikatnya.
Seorang bekas guru agama, Amy Salmiah Dahlan yang mewakili mangsa-mangsa penipuan Datuk G dan isteri rasa terkilan kerana mereka sanggup menipu sampai tahap menukar agama.
“Saya terkilan dan tidak sangka mereka berdua sanggup pergi ke tahap begitu untuk memujuk ‘haji’ itu yang kemudian mengambil RM20 juta dalam sekali transaksi kononnya mahu membantu sahabat-sahabat Islam yang memerlukan menerusi orang kenamaan tertinggi yang dikenali,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Sidang media itu dilakukan oleh bekas Bendahari Agung MIC, Datuk R. Ramanan.
Menurut Amy, aksi masuk Islam itu yang dirakam pada tahun 2013 di mana pasangan suami dan isteri berkenaan melafazkan kalimah syahadah di hadapan seorang bergelar haji dengan mengangkat satu jari dan duduk bersila sambil berjabat tangan dengan individu terbabit.
“Perbuatan mereka berdua sebenarnya bermaksud sudah memeluk Islam tetapi masih beragama Hindu sekaligus menghina kedua-dua agama.
“Rabu depan saya dan rakan-rakan lain akan membuat laporan kepada jabatan agama Islam berkaitan sebagai menggesa siasatan ke atas tindakan pasangan itu,” katanya lagi.
Amy merupakan antara 22,000 mangsa penipuan pasangan berkenaan yang didakwa melibatkan pelaburan wang sebanyak RM80 hingga RM100 juta.
Amy sendiri telah melabur sebanyak RM36,000 pada tahun lalu bersama 700 rakan-rakannya yang melibatkan wang sebanyak RM6 juta namun ia lesap tanpa sebarang keuntungan seperti yang dijanjikan.
Pada hujung Mac lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani mendedahkan tangkapan enam suspek termasuk seorang wanita berusia antara 28 hingga 38 tahun selama 21 hari untuk disiasat bawah Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) melibatkan penipuan wang pelaburan mata wang asing berjumlah antara RM80 hingga RM100 juta di bawah syarikat VenusFX.
Sementara itu, Ramanan dalam sidang media yang sama turut menyifatkan tindakan pasangan India itu sebagai menghina Islam dan Hindu selain mencemar reputasi dan menjual nama pemimpin tertinggi Barisan Nasional untuk ‘memancing’ mangsa-mangsanya.
“Saya terkejut apabila sudahlah tipu mangsa pelaburan dengan wang berjumlah RM55 juta, kini pasangan Datuk G terus mencalar nama dan imej pemimpin kita Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Dia bukan sahaja ambil RM20 juta sekali transaksi malah wang berjuta-juta ringgit lagi dari individu sama yang dipercayai diambil sedikit demi sedikit oleh pasangan itu.
“Saya tidak boleh memaafkan suami isteri berkenaan yang melampaui batasan sehingga memperdaya mangsa kononnya dia mempunyai reputasi dan kenal rapat Najib, Rosmah dan Ahmad Zahid.
“Saya bangga dengan kecekapan polis khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Komersial yang berjaya mencekup enam suspek isu ini dibawah POCA tetapi pasangan ini yang merupakan suspek utama masih bebas.
“Apakah mereka ini dilindungi oleh seseorang? Polis harus bertindak cepat sebagai menghalang mereka berdua daripasa terus menjual dan mencalarkan nama pemimpin negara.
“Saya akan membuat laporan polis pada Ahad ini bersama semua mangsa-mangsa pelaburn forexDatuk G ini dan menggesa pihak berkuasa bertindak segera selain akan melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,” tegasnya lagi. – MalaysiaGazette

Geetanjali G fraud

Basically Ali Babi-g met the very rich Indian Muslim man. G couples told him that the man look like as their own father and keen to enter Islam. Also wanting his help in business and claiming to be close to Rosmah Mansur. So that man converted them and gave RM55million thinking they will deliver projects from First Lady to him. Basically used Islam to con him. All the money gone.
Police force are very serious in this fraud case, Ali Babi and Ali Baba-G cannot escape from their crime. Coming soon.....

Wednesday, 29 March 2017

Sindiket penipuan forex RM80j tumpas

KENDERAAN dan barangan dianggarkan bernilai RM750,000 yang dirampas daripada enam suspek sindiket penipuan pelaburan matawang asing dalam Operasi Nuri 3/17 oleh JSJK Bukit Aman, 








KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menahan enam individu yang mendalangi aktiviti penipuan skim pelaburan pertukaran mata wang asing (forex) membabitkan nilai kerugian mencecah RM80 juta.

Kesemua suspek termasuk seorang wanita berusia antara 28 hingga 38 tahun itu ditahan menerusi Operasi Nuri 3/17 dalam serbuan di beberapa lokasi berasingan di Kuala Lumpur, Pahang dan Selangor, semalam.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, berkata pihaknya menerima 408 laporan polis berkenaan skim pelaburan berkenaan yang dikendalikan sebuah syarikat dikenali sebagai Syarikat VenusFX.

"Berdasarkan siasatan yang dijalankan, kita mendapati syarikat ini memperdaya mangsa untuk membuat pelaburan forex yang hakikatnya tidak wujud.

"Setiap pelabur dikehendaki membuat pelaburan minimum sebanyak RM2,000 sehingga maksimum RM40,000 dan pembayaran keuntungan dibuat secara harian. Bagaimanapun, mangsa tidak menerima keuntungan yang dijanjikan setelah membuat pelaburan," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, siasatan mendapati kira-kira 23,259 pelabur menjadi mangsa penipuan skim pelaburan ini dengan anggaran kerugian mencecah RM80 juta.

"Selain tangkapan, kita turut merampas satu unit komputer riba, 10 buah telefon bimbit pelbagai jenama, 10 keping kad pengeluaran wang (ATM) dan lima buah kenderaan dengan nilai kesemua rampasan dianggarkan RM750,000.

"Kesemua suspek kini direman selama 21 hari untuk siasatan di bawah Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Jenayah 1959 Pindaan 2014 (Akta 297)," kata Acryl Sani lagi.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah menjadi mangsa penipuan sekiranya ditawarkan bentuk pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa yang singkat.

"Jika ada terima tawaran sebegitu, segera buat semakan dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan bagi memastikan kesahihan pelaburan sekali gus mengelakkan menjadi mangsa sindiket penipuan," kata beliau.