Theme images by Storman. Powered by Blogger.

Thursday 9 February 2017

Keengganan Pihak Polis Memberi Bantuan Perubatan Mengakibatkan Seorang Lagi Tahanan Meninggal Dunia Dalam Tahanan Polis

*Keingkaran dan Keengganan Pihak Polis Memberi Bantuan Perubatan Mengakibatkan Seorang Lagi Tahanan Meninggal Dunia Dalam Tahanan Polis*

Seorang individu bernama S. Bala Murugan, 44 tahun dari Taman Eng Ann, telah meninggal dunia semasa berada di bawah tahanan pihak polis.

Menurut sumber, mendiang S. Bala Murugan telah ditahan oleh pihak polis dari IPD Klang Utara pada hari Isnin, 6 Februari 2017. Mendiang dikatakan ketika ditahan bersama dengan dua individu lain, di mana salah seorang adalah suspek yang dikehendaki oleh pihak polis.

Mendiang telah di bawa ke Mahkamah pada hari Selasa untuk direman. Ketika di mahkamah, setelah melihat keadaan fizikal mendiang, Majistret telah memutuskan bahawa Pengawai Penyiasat (IO) untuk membebaskan atau merujuk mendiang ke hospital.

Pengawai Penyiasat yang mengendali kes ini tidak melakukan seperti yang diputuskan oleh Tuan Majistret. Pengawai Penyiasat telah mengingkari keputusan mahkamah apabila gagal membebaskan atau merujuk mendiang ke hospital.

Sekiranya mendiang dibebaskan, keluarga mendiang mempunyai ruang dan peluang untuk mendapatkan bantuan perubatan.

Tambahan kepada itu, sekiranya pihak polis sendiri merujuk mendiang ke hospital seperti yang disarankan oleh mahkamah, nyawa mendiang mampu diselamatkan.

Namun begitu, keingkaran dan keengganan Pegawai Penyiasat dan pihak polis bertindak seperti yang diputuskan oleh mahkamah telah mengakibatkan keluarga mendiang kehilangan nyawa S. Bala Murugan.




No comments: