Theme images by Storman. Powered by Blogger.

Sunday 18 November 2018

Wawancara Waytha 10 tahun yang lalu dibuat kecoh .

Kebelangan ini sebuah video tahun 2008 yang memaparkan wawancara Pengerusi Hindraf, YB Waytha Moorthy bersama TV Netherland, tular di semua laman sosial.
Wawancara itu, dibuat selepas perhimpunan aman masyarakat India pada penghujung tahun 2007. Untuk pengetahuan umum, masyarakat India telah bangkit secara aman terhadap kerajaan UMNO/BN yang menzalimi kaum India selama 50 tahun. Diskriminasi UMNO telah menyebabkan pelbagai masalah sosial di kalangan masyarakat India. HINDRAF telah mengambil pelbagai inisiatif untuk mendekati dan menyeselaikan masalah ini, puluhan memorandum telah dihantar kepada kerajaan BN, tetapi itu semua tidak diendah oleh UMNO. Semua usaha itu menjadi sia-sia sahaja bagai mencurah air ke daun keladi.
Bagi kami, tiada pemimpin lain yang berani bersuara untuk orang India. Kami melihat YB Waytha Moorthy sebagai seorang wira yang berjaya menengahkan isu ini. Wawancara TV Netherland itu adalah sebahagian daripada usaha beliau untuk memaksa kerajaan pimpinan UMNO untuk berikan layanan yang adil kepada kaum India yang terpinggir. Hasil usaha itulah UMNO mula memandang serius isu-isu kaum India.
Sebelum perhimpunan aman tahun 2007, kerajaan UMNO, atas nama pembangunan telah merobohkan ribuan kuil dan mengusir lebih dari 800,000 pekerja ladang India tanpa menghormati sentimen kaum India.
Kerajaan UMNO juga telah meminggirkan Masyarakat India dalam pembangunan arus perdana serta tidak memberi peluang yang sewajarnya dalam perkhidmatan awam. Sikap UMNO telah mengurangkan peratusan kakitangan awam bangsa India jatuh menjunam ke 3- 4 peratus. Mereka yang berjaya masuk ke perkhidmatan awam pula susah untuk mendapatkan kenaikan pangkat manakala kenaikan pangkat segera diberikan kepada mereka yang memeluk agama Islam.
Segenap masyarakat India yang berpemikiran waras bersetuju dengan isu-isu yang dibangkitkan Pengerusi HINDRAF dalam wawancara Netherland TV. Ia adalah perkara sebenar yang telah berlaku di negara kita. Umno telah mengamalkan ‘institutionalised racism’ secara sistematik. Itulah yang disebut dalam wawancara itu.

No comments: